Pengendali Denmark Kasper Hjulmand.
Pengendali Denmark Kasper Hjulmand.
Reuters

Munich:Pengendali Denmark Kasper Hjulmand, dikritik hebat hanya kerana membuat pertukaran pemain dalam perlawanan yang mengecewakan selepas seri 1-1 menentang Slovenia dalam aksi Kumpulan C Euro 2024.

Selepas mendahului melalui gol Christian Eriksen pada minit ke-17, pasukan Denmark kelihatan agak lesu sebelum Slovenia menyamakan kedudukan pada minit ke-77.

"Katakanlah saya menukar pemain lebih awal, dan kemudian mereka menjaringkan gol maka saya akan ditanya mengapa saya membuat perubahan kepada pasukan yang berfungsi dengan baik," kata Hjulmand kepada wartawan.

"Sangat mudah menonton perlawanan bola sepak secara 'terbalik', (tetapi) anda tidak akan pernah mendapat jawapan kepada apa yang akan berlaku jika melakukan sesuatu yang berbeza. Kadang-kadang perubahan berjaya, kadang-kadang tidak," tambah Hjulmand.

Pasukan Denmark mempunyai beberapa peluang untuk menjadikan kedudukan 2-0 sebelum Slovenia menyamakan kedudukan, namun jurulatih itu tidak bersetuju dengan penilaian bahawa pasukannya kurang mendominasi pada separuh masa pertama.

"Semua statistik menunjukkan bahawa kami mempunyai kelebihan," kata Hjulmand.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 12:39 AM