JELANI ketika mengumuman keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Pejabat JPNT. FOTO Ghazali Kori
JELANI ketika mengumuman keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Pejabat JPNT. FOTO Ghazali Kori
Nazdy Harun

Kuala Terengganu: Negeri ini merekod Gred Purata Negeri bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 sebanyak 4.41, mengatasi Gred Purata Nasional 4.60.

Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, seramai 464 calon pula memperoleh semua A, meningkat 0.76 peratus berbanding pada 2022 (333 orang).

Katanya, 10,489 orang daripada keseluruhan 16,783 calon berdaftar lulus semua mata pelajaran iaitu meningkat 4.22 peratus berbanding hanya 9,617 calon pada 2022.

"Empat sekolah memperoleh lulus semua iaitu Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kemaman, SM Sains Kuala Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek dan SM Imtiaz YT Kuala Berang.

"Manakala 15,736 calon SPM bagi tahun 2023 layak mendapat sijil," katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaaan SPM, 2023 di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, di sini, hari ini.

Menurutnya, Gred Purata Sekolah terbaik diperoleh SM Imtiaz YT Kemaman yang turut memperoleh peningkatan semua A tertinggi dengan 37.14 peratus, sementara SM Sains Kuala Terengganu memperoleh semua A terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2024 @ 12:59 PM