KEADAAN trafik berhampiran terowong Menora. FOTO FB LLM
KEADAAN trafik berhampiran terowong Menora. FOTO FB LLM
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Aliran trafik menghala ke ibu kota dilaporkan masih perlahan di beberapa laluan di lebuh raya utama berikutan pertambahan jumlah kenderaan, hari ini.

Ia susulan orang ramai mula kembali ke ibu kota selepas bercuti di kampung halaman masing-masing sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tinjauan menerusi akaun rasmi aplikasi X Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sehingga jam 9 malam tadi mendapati beberapa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) perlahan.

Di Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, trafik dilaporkan perlahan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (Utara); Ipoh (Selatan) ke Simpang Pulai, Gua Tempurung ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah; Sungkai ke Slim River, persimpangan keluar Bukit Tagar dan Bukit Beruntung ke Sungai Buaya.

Trafik juga perlahan dari Kepala Batas ke Plaza Tol Hutan Kampung; Alor Setar (Selatan) ke Pendang; Pendang ke Gurun; Sungai Petani (Selatan) ke Bertam; Seberang Jaya ke Perai; Juru Auto City ke Jawi; Jawi ke R&R Gunung Semanggol dan persimpangan keluar Taiping (Utara).

Di arah utara lebuh raya sama, trafik perlahan dilaporkan dari Simpang Renggam ke Ayer Hitam; Yong Peng ke Pagoh; Pagoh ke Bukit Gambir; Bukit Gambir ke Ayer Keroh; Ayer Keroh ke Simpang Ampat dan Pedas Linggi ke Seremban.

Sementara itu, di LPT sehingga ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, trafik perlahan dilaporkan dari Sri Jaya ke Maran; Karak ke Bentong; Bentong ke Bukit Tinggi; Bukit Tinggi ke Genting Sempah dan Kilometer (KM) 30.0 arah Barat ke Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMtrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2024 @ 9:33 PM