Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama susulan orang ramai mula kembali ke ibu kota selepas cuti hujung minggu dan cuti umum, hari ini.

Menerusi akaun rasmi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat jam 6 petang hari ini mendapati aliran trafik tinggi direkodkan di beberapa laluan di Lebuhraya Utara Selatan.

Aliran trafik tinggi di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Senai (utara) ke Kulai; Sedenak ke Hentian Simpang Renggam (utara); Simpang Renggam ke Ayer Hitam; Hentian Yong Peng (utara) ke Pagoh; Bukit Gambir ke Tangkak; Tangkak ke Jasin; Jasin ke Ayer Keroh; kawasan rehat dan rawat (RNR) Ayer Keroh (utara) ke Simpang Ampat; Simpang Ampat ke Hentian Pedas Linggi (utara) dan Pedas Linggi (utara) ke Port Dickson.

Selain itu, trafik juga perlahan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Slim River ke Sungkai; Taiping (utara) ke Bukit Merah; Bukit Merah ke Bandar Baharu dan Jawi ke Sungai Bakap.

Di lebuh raya sama arah selatan turut merekodkan aliran trafik perlahan iaitu di Senawang ke Pedas Linggi; Ayer Keroh ke Hentian Bemban (selatan); Tangkak ke Bukit Gambir; Yong Peng (utara) ke Yong Peng (selatan) dan Simpang Renggam ke Sedenak.

Trafik perlahan juga dilaporkan di lebuh raya sama arah selatan di Sungai Petani ke Bertam; Permatang Pauh ke Perai; Juru ke Bandar Cassia; Bandar Baharu ke Alor Pongsu; Changkat Jering ke Bukit Berapit; Kuala Kangsar ke Sungai Perak; sebelum Terowong Menora ke Ipoh (utara); Ipoh (selatan) ke Simpang Pulai; Gopeng ke Tapah; Tapah ke Bidor dan Sungkai ke Slim River.

Sementara itu, aliran trafik tinggi juga direkodkan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Karak ke Plaza Tol Bentong; Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Gombak ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) serta Sri Gombak.

Dalam perkembangan berasingan, satu kemalangan dilaporkan berlaku Lebuhraya Utara Selatan di Kilometer (KM) 154.1 dari Bukit Gambir ke Pagoh menyebabkan trafik perlahan, namun tiada lorong terhalang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMinfotrafik.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2022 @ 6:28 PM