TANGKAP layar video tular menunjukkan aksi drift dilakukan lelaki hingga merempuh kenderaan lain (kiri) dan suspek (gambar kanan) ditahan manakala kereta disita. FOTO ihsan Polis
TANGKAP layar video tular menunjukkan aksi drift dilakukan lelaki hingga merempuh kenderaan lain (kiri) dan suspek (gambar kanan) ditahan manakala kereta disita. FOTO ihsan Polis
Alias Abd Rani


Batu Pahat: Pekerja kilang yang melakukan aksi 'drift' dengan memandu Toyota Supra hingga merempuh kenderaan lain di Taman Botani, di sini, kelmarin direman dua hari bermula hari ini.

Majistret Nurasidah A Rahman mengeluarkan perintah reman terbabit bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap suspek berusia 20-an berkenaan.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Semalam, satu rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki memandu Toyota Supra melakukan aksi terbabit sebelum merempuh kenderaan lain diparkir di tepi jalan.

Video berdurasi 38 saat itu tular di Facebook, semalam dan polis berjaya menahan lelaki itu dan turut merampas Toyota Supra untuk siasatan lanjut.

Berlagak 'drift' sampai rempuh kenderaan lain, lelaki ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Februari 2024 @ 2:05 PM