Anggota JSPT Kuala Lumpur mengiringi suspek (tengah) untuk dibawa ke Mahkamah Trafik Kuala Lumpur, pagi ini. FOTO Ihsan PDRM
Anggota JSPT Kuala Lumpur mengiringi suspek (tengah) untuk dibawa ke Mahkamah Trafik Kuala Lumpur, pagi ini. FOTO Ihsan PDRM
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Pemandu lori 'lalok' yang merempuh lima kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh di sini, Isnin lalu, akan didakwa di Mahkamah Trafik Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 25 tahun itu sebelum ini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.

"Pemandu akan dituduh pada pagi ini di Mahkamah Trafik Jalan Duta.

"Lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kecederaan pada mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian 2.40 petang pada 6 September lalu, lori dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul dipercayai gagal dikawal lalu merempuh lima kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Sarifudin dilaporkan berkata, lima kenderaan terbabit adalah dua Perodua Myvi, Proton X70, Honda HRV dan Peugeot 208 FL.

Menurutnya, pemandu sebuah daripada Perodua Myvi yang berusia 45 tahun cedera ringan manakala empat pemandu lain dilaporkan tidak cedera.

Katanya, pemandu lori yang tidak cedera kemudian ditahan polis dan ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin.

Berita berkaitan:

  • Batal lesen pemandu lori `lalok' rempuh lima kenderaan
  • Insiden lori rempuh 5 kenderaan: Pemandu berhadapan penggantungan, pembatalan lesen
  • Pemandu lori 'hentam' lima kenderaan di reman 4 hari
  • Pemandu lori rempuh lima kenderaan positif dadah
  • Lori 'menggila' rempuh tujuh kenderaan [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 September 2021 @ 10:40 AM