GR Supra
GR Supra
Lizam Ridzuan


UMW Toyota Motors (UMWT) bermula 'cergas' untuk 2023 dengan melancarkan lima model berasaskan prestasi Gazoo Racing (GR) bagi pasaran tempatan.

Ia terdiri daripada tiga model GR iaitu GR Supra, GR Corolla dan GR 86 serta dua model GR Sport terdiri daripada kenderaan utiliti sukan (SUV) Corolla Cross dan trak pikap Hilux.

Menerusi pelancaran ini, ia meluaskan lagi jenama GR di Malaysia, bukan sahaja daripada segi penawaran kenderaan malah meliputi rangkaian komprehensif bahagian prestasi selepas pasaran dan perkhidmatan yang tersedia melalui GR Garages dan GR Outlets eksklusif di seluruh negara.

Penawaran produk Gazoo Racing di Malaysia bermula dengan pengenalan GR Supra pada 2019.

Ia disusuli dengan produk edisi khas global GR Yaris pada 2020 dan pada tahun sama, UMWT memperkenalkan Vios GR Sport di Malaysia yang memberi penghormatan kepada perlumbaan GR Vios Challenge.

Selain pelancaran, turut diadakan sesi pandu uji media kelima-lima model terbabit.

Ia juga bersempena Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) musim ke-6 2023 pusingan pertama yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

 DNA Sporty.
DNA Sporty.

GR SUPRA

Model kereta sport ikonik Toyota, GR Supra Baharu menampilkan pilihan transmisi enam kelajuan manual atau lapan kelajuan automatik.

Ia hadir dengan enjin 3.0 liter pengecas turbo twin scroll enam silinder yang menjana kuasa 388PS dan tork 500Nm pada 1,800 hingga 5,000 rpm.

Ia mampu memecut daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 4.1 saat dengan dua mod pemanduan iaitu Normal dan Sport.

Ia dilengkapi lampu utama adaptif dan isyarat LED, rim aloi 19 inci baharu selain dwi-ekzos.

Untuk rekaan dalaman, ia didatangkan dengan kemasan kulit hitam serta kerusi larasan elektrik, sistem multimedia, meter TFT pemandu bersaiz 8.8 inci dengan keterhubungan Apple CarPlay, paparan head-up dan sistem 12 pembesar suara JBL.

Selain itu, ia juga dilengkapi sistem keselamatan Toyota Supra Safety daripada Sistem Bantuan Pemandu Termaju, Bantuan Titik Buta dan Amaran Trafik Melintas Belakang dan banyak lagi.

GR Supra dijual pada harga RM645,000 (manual) dan RM655,000 (automatik).

GR 86
GR 86

GR 86

Untuk model coupe GR 86 generasi kedua, ia didatangkan dengan enjin 2.4 liter boxer 4 silinder DOHC yang menjana kuasa 237PS dan tork 250Nm.

Sports Car pula tampil dengan ciri rekaan lebih sporty. Ia dipadankan dengan rim aloi bersaiz 18 inci dan set tayar Michelin Pilot Sport.

Ruang kabinnya dilengkapi antaranya sistem infotainmen bersaiz 8 inci dengan keterhubungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Ia juga hadir dengan kluster meter TFT bersaiz 7 inci GR serta paparan maklumat pelbagai (MID) LCD.

Selain itu, tujuh beg keselamatan turut tersedia.

Toyota GR 86 dijual pada harga bermula RM295,000 untuk manual dan RM305,000 untuk automatik.

Corolla
Corolla

GR Corolla

Pertama kali diperkenalkan ke dalam pasaran tempatan, model hatchback ini dikuasakan dengan enjin 1.6 Liter 3 silinder turbo.

Ia yang ditawarkan dengan 6 kelajuan manual pintar (iMT) mampu menjana kuasa 300PS dan tork 370Nm.

Model ini juga dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) GR-Four.

Model seberat 1,475 kilogram ini dilengkapi bumbung corak gentian karbon, spoiler belakang dan bonet dengan corong aliran udara serta rim aloi 18 inci dengan tayar Yokohama Advan.

Ia juga dilengkapi sistem keselamatan Toyota Safety Sense dan dijual pada harga RM355,000.

GR Sport Hilux

Peminat trak pikap terutama model Hilux boleh menambah koleksi kenderaan mereka melalui pengenalan model Hilux GR sport yang diinspirasikan daripada perlumbaan Rali Dakar.

Ia hadir dengan sistem suspensi baharu dengan dampers monotube yang ditala untuk pemanduan lebih baik pada pelbagai permukaan.

Ciri lain, pedal penukar gear pada roda stereng untuk kawalan lebih responsif dan ia adalah yang pertama ditawarkan untuk model Hilux.

Model ini juga didatangkan dengan bampar hadapan serta cermin sisi gelap, kerangka gril dan dapra dengan warna badan kenderaan.

Hilux GR Sport dilengkapi angkup brek merah yang dipadankan dengan rim aloi 18 inci baharu.

Ia juga dikuasakan enjin 2.8 liter Intercooler VNT DOHC diesel yang mampu menjana kuasa 204 PS dan tork 500Nm.

Model ini dijual pada harga RM159,880.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2023 @ 6:14 AM