Muhammad Najmir Razaman

SELEPAS berjaya membawa era baharu dalam memberikan liputan kancah politik Malaysia, aplikasi agregator berita utama Malaysia, Lumi News kini tampil memperkenalkan kuiz personaliti yang membolehkan sesiapa sahaja untuk mengetahui Ahli Parlimen Malaysia mana yang paling menyerupai mereka.

Ia adalah kuiz personaliti yang diilhamkan daripada penilaian personaliti MBTI (Myers-Briggs Type Indicator) yang membandingkan personaliti pemain dengan 16 Ahli Parlimen paling popular di Malaysia.

Menampilkan 16 personaliti Ahli Parlimen seperti Fadhlina Sidek, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Zahid Hamidi, Syed Saddiq, Teresa Kok dan ramai lagi, kuiz MPTI ini membolehkan rakyat Malaysia berseronok sambil memadankan diri dengan personaliti Ahli Parlimen kegemaran mereka.

Pakar Kandungan Lumi News, Samantha Yeoh berkata, kuiz personaliti ini dapat menambah satu lagi kelainan kepada landskap politik dengan membolehkan rakyat berhubung dengan Ahli Parlimen Malaysia dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

Bagi bermain permainan ini, pengguna hanya perlu menjawab lapan soalan pendek dalam Bahasa Melayu atau Inggeris bagi mendapatkan keputusan MPTI mereka.

Selepas kuiz tamat, , pengguna akan menemui grafik yang cantik, tajuk serta penerangan yang kreatif termasuklah penilaian keserasian untuk ukuran yang baik.

Keputusan yang diperoleh juga akan menunjukkan kekerapan Ahli Parlimen mereka membuat kemunculan berita pada tahun 2023 disertakan dengan 'reel' video Lumi Parliament yang berkaitan.

Pengurus Pemasaran Pertumbuhan, Fildzah Zulkifli berkata, kempen MPTI ini adalah sebahagian daripada usaha meraikan detik-detik paling unik yang menentukan suasana politik Malaysia tahun ini.

"Ia termasuk ciri-ciri yang menarik, petikan terhangat, artikel, video, serta pengalaman pengguna yang diperibadikan dengan ciri interaktif pengguna.

"Kuiz MPTI menjadi salah satu usaha kami di Lumi News dalam mengetengahkan kandungan yang boleh dipercayai sambil memberi gambaran penuh bagi penuh tahun pertama pentadbiran kerajaan MADANI," katanya.

Pengguna boleh mengambil kuiz ini secara percuma hanya dengan melayari laman mikro Lumi News www.quiz.luminews.my atau melalui aplikasi Lumi News.

Ciri terbaru 

Selain kuiz Lumi MPTI, Lumi News turut melancarkan beberapa ciri terbaharu pada aplikasi mereka seperti: 

  1. Tab Komuniti yang membolehkan pengguna menyemak komen terbaru dan dilengkapi ruangan sembang aktif dalam satu halaman. 
  2. Ciri suka dan komen di semua artikel dan News Stack yang membolehkan pengguna meninggalkan tanda 'suka' dan komen pada mana-mana artikel mahupun News Stack.
  3. Berkongsi pautan rujukan unik pengguna bagi mengajak rakan dan keluarga menggunakan aplikasi Lumi News serta memenangi ganjaran daripada Lumi News melalui kempen Giveaway Lumi FTW sehingga 31 Disember 2023. 

Lumi News menjadikan pembacaan berita lebih mudah buat rakyat Malaysia dengan menghimpunkan sehingga 80 sumber berita tempatan dan antarabangsa seperti Berita Harian, New Straits Times, SAYS, KL Foodie, Oriental Daily dan ATV News dan banyak lagi.

Aplikasi ini menampilkan lebih 25 topik yang diminati seperti politik, gaya hidup, makanan, teknologi, hiburan, kripto, sukan dan banyak lagi.

Muat turun atau kemas kini aplikasi Lumi News di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery untuk menikmati ciri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Disember 2023 @ 6:01 PM