Muhammad Najmir Razaman

BERCUTI bersama yang tersayang pasti menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu terutama ketika musim cuti sekolah.

Namun harga percutian yang terlalu mahal kadangkala membantutkan keinginan kita untuk berhibur.

Usah bimbang, bersempena dengan ulang tahun ke sembilan Klook, platform tempahan pelancongan dalam talian itu berbesar hati membawakan pelbagai promosi hebat bagi menghargai pengguna mereka.

Ini antara tawaran menarik  yang boleh anda nikmati di Klook sepanjang September ini.

Diskaun sehingga 90 peratus

Bermula 8 hingga 22 September ini, pemegang kad Visa berpeluang merebut diskaun hebat apabila membuat tempahan taman tema di Lotte World dan Universal Studios seperti:

Terhad kepada 50 pengguna pertama, diskaun ini akan diperbaharui pada setiap Jumaat jam 12 tengah hari.

Jimat sehingga RM 150 dengan kod promosi

Bagi pengguna baharu Klook, anda dapat menikmati penjimatan sehingga sembilan peratus apabila menggunakan kod promosi ketika membuat tempahan pelancongan tanpa belanja minimum (terhad kepada RM50 bagi tempahan pilihan anda).

Bagi pengguna sedia ada pula, anda boleh menggunakan kod promosi yang memberikan penjimatan sehingga lima peratus (terhad kepada RM100) bagi sebarang tempahan pilihan anda.

Diskaun pemegang kad Visa

Berita baik buat pemegang kad Visa, anda boleh menikmati penjimatan sehingga 12 peratus ketika menempah hotel, taman tema dan pelbagai aktiviti di Jepun, Taiwan dan Thailand.

Gunakan kod untuk menikmati diskaun 12 peratus bagi kesemua aktiviti di Jepun dengan perbelanjaan minimum RM400 (diskaun dihadkan pada RM50).

Anda juga boleh menggunakan kod dan untuk menikmati diskaun sehingga 12 peratus bagi semua aktiviti di Taiwan dan Thailand dengan perbelanjaan minimum RM300 (diskaun dihadkan pada RM50).

Tempah aktiviti dengan Joy Saver

Bagi anda yang merancang untuk melancong ke luar negara tetapi masih tiada tarikh yang sesuai, ciri Joy Saver adalah pilihan terbaik.

Ciri Joy Saver membolehkan anda memanfaatkan tawaran sekarang sambil memberikan kebebasan kepada anda untuk menggunakannya pada bila-bila masa.

Nikmati penjimatan dan fleksibiliti untuk tempahan aktiviti menggunakan tiket tarikh-terbuka Klook dengan pembatalan percuma sehingga 31 Disember.

Menangi pakej percutian bernilai sehingga USD45,000

Selain menikmati pelbagai penjimatan, anda juga berpeluang memenangi percutian ke seluruh dunia bernilai sehingga USD45,000 apabila menyertai Kuiz Pengembaraan Anda Seterusnya!

Anda hanya perlu menjadi yang terpantas menjawab sembilan soalan setiap hari bagi mengumpul mengumpul jumlah mata untuk memenangi permainan ini.

Setiap pengguna Klook akan diberi tiga percubaan setiap hari bermula 8 hingga 22 September.

Klook akan menyediakan papan trivia yang membolehkan pemain melihat prestasi mereka menentang pemain lain. 

Sembilan peserta terbaik kuiz ini akan diberi peluang memilih tempat percutian idaman mereka dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh Klook.

Klook juga turut menawarkan hadiah saguhati berupa kod promosi bernilai sehingga USD50 bagi pemain bertuah.

Aiskrim percuma di Inside Scoop

Selain itu, Klook juga akan bekerjasama dengan jenama aiskrim terkemuka Inside Scoop bagi memberikan aiskrim percuma kepada pengguna Klook!

Jadi antara 999 pengguna terawal untuk membeli baucar percuma di Klook bagi mendapatkan ais krim percuma dari Inside Scoop pada 9 September ini.

Klook juga bakal membawakan baucar beli satu percuma satu di Inside Scoop apabila anda berbelanja minimum RM200 di Klook dan melanggan untuk mengetahui promosi mereka bermula 8 hingga 22 September.

Lihat juga tawaran terbaik bagi menerokai pelbagai destinasi menarik lain di Travel Fest terbesar Klook pada tarikh-tarikh berikut:

Jangan lepaskan peluang untuk merebut semua tawaran hebat Klook sepanjang September ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ulang tahun ini, kunjungi laman sesawang atau muat turun aplikasi Klook di App Store dan Google Play Store

Rancang perjalanan anda bersama yang tersayang sambil menikmati pelbagai penjimatan dengan Klook!

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2023 @ 2:31 PM