Muhammad Najmir Razaman

SETIAP orang pasti mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Namun kadangkala, kekangan kewangan mampu menjadi penghalang dalam menggapai cita-cita yang diinginkan.

Inilah sebabnya sebagai ibu bapa, merancang kewangan untuk tabung pendidikan anak-anak sejak usia muda adalah penting.

Simpan SSPN jamin masa depan

PTPTN membawakan sebuah video pendek memaparkan kemelut yang dihadapi Kak Ngah Patin setelah menerima tawaran ke universiti.

Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, cita-cita Kak Ngah Patin untuk menjadi seorang doktor demi mengubah nasib keluarganya hampir menjadi kenyataan apabila dia diterima masuk ke universiti.

Namun, kegembiraan yang dirasai Kak Ngah Patin hanyalah sementara apabila dia mula memikirkan kos yang harus ditanggung ibu bapanya setelah dia melanjutkan pelajaran kelak.

Dia mula membayangkan kesusahan yang bakal dilalui kedua ibu bapanya dalam menanggung kos perbelanjaan sepanjang dia belajar.

Menyedari kerisauan yang melanda diri anaknya, ibu memberitahu Kak Ngah Patin bahawa dia tidak perlu risau kerana mereka sudah lama menyimpan dengan Simpan SSPN bagi menampung kos pembelajaran Kak Ngah Patin kelak.

Ikuti perjalanan Kak Ngah Patin demi mengubah nasib keluarganya dalam video pendek bertajuk 'Di Sini Mulanya' di YouTube rasmi PTPTN.

Tabung pendidikan anak

Simpan SSPN ialah skim simpanan pendidikan yang diperkenalkan  PTPTN bertujuan memastikan setiap masyarakat Malaysia berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Ibu bapa boleh mula menabung untuk anak-anak mereka seawal mungkin supaya apabila anak-anak mereka apabila mencapai umur 18 tahun, mereka tidak mempunyai sebarang masalah kewangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sekali gus menjadikan impian mereka satu realiti.

Menariknya, Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit. Antaranya pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah.

Mulalah menabung untuk pendidikan anak-anak, anda kini boleh membuka akaun atau membuat penambahan deposit Simpan SSPN di laman sesawang rasmi PTPTN sekarang atau melalui aplikasi myPTPTN untuk perkhidmatan yang lebih cepat, mudah dan selamat

Muat turun aplikasi myPTPTN di App Store, Google Play dan HUAWEI App Gallery sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2023 @ 6:55 PM