MyRide, e-hailing lokal pertama tawar alternatif pengangkutan dengan harga yang berpatutan. Foto - MyRide
MyRide, e-hailing lokal pertama tawar alternatif pengangkutan dengan harga yang berpatutan. Foto - MyRide
Syamirul Hakimi Ismail

Kuala Lumpur: Aplikasi e-hailing lokal, MyRide dilancarkan secara rasmi pada 29 May 2024 di Lembah Klang dan di bandar-bandar utama seluruh Malaysia baru-baru ini.

MyRide yang membawa maksud 'perjalananku' serta penggunaan perkataan 'My' yang diambil dari singkatan nama Malaysia, ia memfokuskan kepada perjalanan yang lebih berbaloi dan paling penting selamat.

Penubuhan MyRide tercetus daripada rintihan dan pengalaman pemandu e-hailing yang berpengalaman dalam banyak memberi input mengenai keadaan isu semasa membabitkan industri e-hailing.

Rata-rata pemandu e-hailing, mengharapkan wujudnya satu syarikat yang benar-benar memahami kehendak dan keperluan mereka.

Hasilnya, MyRide adalah satu-satunya platform yang mendengar rintihan pemandu dan memberi ruang buat mereka untuk meluahkan pendapat dan masalah masing-masing.

Bukan itu saja, cara ini juga dapat membantu MyRide mengumpul data bertujuan untuk penstrukturan strategi operasi, pemasaran serta penetapan tambang.

Menyedari ia bukan suatu usaha yang mudah dan berisiko menghadapi pelbagai kecaman dan komen negatif, MyRide tetap dengan prinsip mereka untuk mendengar dan memahami denyut nadi pemandu terlebih dulu.

Selain itu, bagi menggalakkan penumpang terus kekal menggunakan perkhidmatan e-hailing MyRide, mereka sedia bekerjasama dengan syarikat gergasi untuk mengadakan pelbagai program ganjaran untuk pengguna setia MyRide.

Seterusnya, MyRide juga akan terus meneroka dan menjalinkan kerjasama dengan jenama terkenal tanah air dan syarikat PKS dalam memperbanyakkan dan memperkasakan lagi program ganjaran MyRide.

Apa yang pasti, MyRide akan terus mengekalkan harga tambang yang berpatutan dan relevan agar dapat mengimbangi kos yang perlu ditanggung oleh rakan pemandu pada ketika ini.

Untuk maklumat lanjut, klik laman sesawang dan sosial Facebook, TikTok, Instagram, X, YouTube MyRide dan muat turun aplikasi MyRide sekarang dan dapatkan kod promosi CUBAMYRIDE.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2024 @ 12:01 PM