JKM memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan waris Mawar Hashim. Foto ihsan JKM
JKM memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan waris Mawar Hashim. Foto ihsan JKM
Alias Abd Rani


Muar: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Muar sedang mengesan waris kepada gelandangan wanita yang diselamatkan, kira-kira 16 tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, JKM Muar memaklumkan wanita dikenali sebagai Mawar Hashim diselamatkan dalam operasi gelandangan di sekitar Stadium Muar, di sini, sekitar 2007.

Menurutnya, ketika diselamatkan, JKM tidak menemui sebarang dokumen pada wanita berkenaan selain dia tidak dapat memberikan maklumat mengenai latar belakang, keluarga dan tempat tinggal.

"Semakan imbasan cap jari juga dilakukan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Mersing, namun menemui jalan buntu. Ketika ini Mawar ditempatkan di Desa Bina Diri Mersing," katanya.

Katanya, sesiapa mengenali gelandangan terbabit diminta menghubungi Penolong Pegawai JKM, Yusyawati Mohd Yusof atau Pembantu JKM, Nazmie Nazri di talian 06-9521454 untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2023 @ 12:58 PM