ANTARA gelandangan yang diselamatkan DBKL. FOTO ihsan DBKL
ANTARA gelandangan yang diselamatkan DBKL. FOTO ihsan DBKL
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Seramai 58 gelandangan termasuk tujuh wanita diselamatkan dalam Operasi Menyelamatkan Gelandangan dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar ibu kota ini, semalam.

DBKL dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan operasi itu dijalankan di kawasan tumpuan pusat bandar ini dengan kekuatan 20 anggota penguatkuasa bermula 11 malam.

"Operasi itu dilakukan di sekitar Bangkok Bank, Cahaya Suria, Leboh Ampang dan Masjid Negara.

"Daripada 58 gelandangan yang diselamatkan, 16 individu ditemui di Bangkok Bank, Cahaya Suria (19 individu), Leboh Ampang (3 individu) dan Masjid Negara (3 individu) selain 17 individu yang datang sendiri ke pusat khidmat gelandangan," katanya.

Menurutnya, semua gelandangan itu dibawa ke Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tunku untuk proses dokumentasi selain diberi makanan dan tempat tidur.

"Usaha menyelamatkan golongan gelandangan di ibu kota ini akan diteruskan oleh DBKL dari semasa ke semasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Mei 2021 @ 12:20 PM