SEPULUH direman dua hari selepas terbabit pergaduhan berebut untuk menunda kereta terbabit kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras. FOTO Ihsan PDRM
SEPULUH direman dua hari selepas terbabit pergaduhan berebut untuk menunda kereta terbabit kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras. FOTO Ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Seramai 10 lelaki direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pergaduhan berebut untuk menunda kereta terbabit kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, sebelum ini, lapan sudah ditahan dan dua lagi tangkapan dilakukan pagi ini di sekitar Kuala Lumpur menjadikan semua yang ditahan setakat ini 10 orang.

"Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang tidak mematuhi undang-undang negara dan tindakan tegas akan diambil demi menjaga keharmonian dan ketenteraman masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan lapan lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan membabitkan dua kumpulan yang berebut untuk menunda kereta terbabit kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras, di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dipetik berkata, pihaknya dimaklumkan orang awam berkaitan kejadian rusuhan menggunakan senjata, jam 1.37 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2023 @ 2:12 PM