LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Tujuh individu termasuk wanita ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat lelaki dalam kereta di Batu 14, Puchong, Subang Jaya, 6 September lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, tangkapan pertama pada hari kejadian, membabitkan empat lelaki, yang kesemuanya disambung reman sehingga Rabu.

Katanya, suspek kelima (lelaki) ditahan Jumaat lalu dan direman sehingga esok, manakala suspek keenam (wanita) ditahan pada Sabtu serta direman sehingga Rabu.

"Suspek ketujuh pula ditahan di Johor, semalam untuk membantu siasatan dan direman hingga Rabu ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat lelaki berusia 26 tahun itu dalam kereta Proton Gen2 selepas dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2023 @ 3:29 PM