GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Petaling Jaya: Individu dihubungi 'scammer' yang menyamar sebagai pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini supaya tampil membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi menafikan wujud pegawai kanan bernama 'Tuan Fazan' seperti didakwa suspek terbabit.

"Itu 'scammer', mana ada pegawai polis maki hamun orang awam begitu. Saya nasihatkan individu yang dihubungi itu buat laporan," katanya ketika dihubungi Harian Metro Hari ini.

Kejadian itu tular selepas satu tangkap layar memaparkan interaksi antara seorang mangsa dan suspek bernama 'Tuan Fazan' yang kononnya mengaku sebagai ketua jabatan siasatan jenayah komersial IPD Petaling Jaya.

Tangkap layar itu memaparkan mangsa mempersoalkan identiti suspek sebelum suspek mengherdik mangsa dan menghantar gambar kad nama dengan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) beserta gambar seorang lelaki memakai uniform polis.

Kad nama itu turut memaparkan nama Superintendan Mohd Fazan Fauzi Mat beserta alamat dan nombor telefon IPD Petaling Jaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2023 @ 5:25 PM