EMPAT saksi yang dicari polis bagi membantu siasatan kes Seksyen 39B ADB 1952. FOTO Ihsan Polis
EMPAT saksi yang dicari polis bagi membantu siasatan kes Seksyen 39B ADB 1952. FOTO Ihsan Polis
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Ampang: Polis sedang mengesan empat saksi bagi membantu siasatan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, individu berkenaan adalah saksi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB).

"IPD Ampang Jaya sedang mengesan saksi Sarah Alice Oothama Kumar, alamat terakhir di 19, Lorong Tenggiri 6, Seberang Jaya Pulau Pinang; Yong Kok Siam, alamat terakhir di CB-4-3, Jalan Watan 12, Bandar Baru Ampang, Selangor; Chen Soon Chong beralamat di tingkat 23, Blok B Kondominium Dataran Prima, Jalan PJU 1/42, Petaling Jaya, Selangor dan Tan Peng Han, alamat terakhir di nombor 9, Lintang Murai Off Jalan Meru, Klang Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Deputi Superintendan Nadzely Sayed di talian 01110016462.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2023 @ 4:04 PM