Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Meskipun berlaku kenaikan harga bahan mentah, suri rumah yang mengusahakan pembuatan biskut raya masih mengekalkan harga berpatutan.

Habibah Mustafa, 37, berkata dia memberi jaminan bahawa saiz dan rasa biskut rayanya tetap sama kerana mahu pelanggan rasa puas hati.

Menurutnya, untuk tahun ini, dia memperkenalkan harga biskut raya serendah RM18 sebalang bersaiz sederhana (32 biji) berbanding RM28 hingga RM30 sebalang (50 biji) sebelum ini.

"Saya tahu dengan keadaan ekonomi sekarang ramai yang terpaksa berjimat untuk membeli keperluan lain termasuk pakaian, kuih-muih serta kelengkapan untuk menyambut Hari Raya.

"Jadi tak salah sekiranya saya mengambil keputusan untuk menjual kuih raya yang mampu dibeli orang ramai asalkan mereka berpuas hati," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Menurut Habibah, walaupun terpaksa mengenepikan keuntungan, dia memberanikan diri menjual 11 jenis biskut raya untuk pilihan orang ramai.

Katanya, tempahan yang diterimanya bukan sahaja dari Kedah, malah dari Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur dan Cameron Highlands, Pahang.

"Walaupun sudah lima tahun berkecimpung dalam perniagaan biskut raya, kenaikan harga barang yang mendadak pada tahun ini secara tidak langsung memberi kesan .

"Tetapi ia sedikit pun tidak mematah semangat untuk meneruskan perniagaan yang diusahakan dengan titik peluh sendiri," katanya yang turut dibantu dua rakannya.

ASHRAF Daniel menunjukkan puisi nukilannya yang berjudul ‘I Took It On Myself’
ASHRAF Daniel menunjukkan puisi nukilannya yang berjudul ‘I Took It On Myself’

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2023 @ 5:28 PM