Pasukan Tanggungjawab Korporat Prudential turun pandang ke PPR Kampung Baru Air Panas, Setapak untuk menyantuni dan memberi penerangan tentang pelan PRUKasih Aman kepada ahli komuniti. - FOTO PAMB
Pasukan Tanggungjawab Korporat Prudential turun pandang ke PPR Kampung Baru Air Panas, Setapak untuk menyantuni dan memberi penerangan tentang pelan PRUKasih Aman kepada ahli komuniti. - FOTO PAMB
Siti Nur Qurratul'aina Quddus

SYARIKAT insurans, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) memperkenalkan pelan perlindungan baharu PRUKasih Aman bagi memfokuskan komuniti yang kurang mendapat perhatian di seluruh negara.

Dibangunkan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) utamanya iaitu PRUKasih yang sudah dimulakan sejak 2011, ia memberi bantuan kewangan sementara kepada keluarga berpendapatan rendah di bandar yang kehilangan pendapatan disebabkan penyakit, kemalangan, dan kematian.

Justeru itu, lebih banyak keluarga dapat dijaga dan dilindungi di samping menerima manfaat yang lebih baik seperti perlindungan sehingga RM18,000 termasuk elaun kemasukan hospital harian, perbelanjaan pengebumian dan manfaat kematian.

Jika berlakunya kemalangan, pembayaran manfaat tambahan untuk kematian akan dibayar dan ia hanya memerlukan bayaran premium sebanyak RM75 setahun. 

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengagihan Perkongsian PAMB Eric Wong berkata, pihaknya menyokong usaha kerajaan untuk memperluas perlindungan insurans bagi golongan B40.  

"Visi kami bagi PRUKasih Aman ialah untuk menyediakan jaringan keselamatan kepada komuniti yang kurang mendapat perhatian memandangkan golongan ini mudah terdedah kepada gangguan pendapatan. 

"Ini bagi membolehkan mereka terus dapat menyara keluarga mereka pada waktu yang sukar," katanya.

Bagaimanapun, untuk memudahkan ahli-ahli PRUKasih sedia ada beralih kepada pelan baharu, Prudential akan menawarkan baucar diskaun premium sebanyak RM50.

Sejak dimulakan, program PRUKasih bukan sekadar menyediakan bantuan kewangan sementara tetapi juga turut menyediakan latihan pendidikan kewangan dan keusahawanan dengan matlamat untuk memajukan kedudukan sosioekonomi komuniti ini. 

Dengan bantuan teknologi kini, keluarga yang memerlukan bantuan boleh membuat permohonan, pembayaran premium dan penyerahan tuntutan dengan mudah hanya menggunakan aplikasi mudah alih Pulse oleh Prudential. 

Dengan itu, PAMB boleh memastikan lebih banyak keluarga berdaya tahan dari segi kewangan.

Eric berkata, Prudential terus komited untuk membawa program yang akan membantu masyarakat menjadi lebih berdikari dari segi kewangan supaya mereka dapat meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

"Seperti kata pepatah jika anda mengajar seseorang itu memancing, anda akan memberinya makan seumur hidup dan itulah tujuan inisiatif CSR kami ini - memberi mereka peluang untuk menikmati kewangan yang stabil pada masa hadapan supaya kehidupan mereka akan lebih baik," katanya.

Sementara itu, Prudential turut dianugerahkan Anugerah Syarikat Terbaik Tahunan (Insurans dan Pelaburan) dan Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan pada Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2022 serta dinobatkan sebagai Syarikat Insurans Hayat Paling Bertanggungjawab Dari Segi Sosial ketika Anugerah Kewangan Antarabangsa 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2022 @ 5:26 PM