WONG (kanan) bersama Pengarah Kanan Pembangunan Produk dan Pengurusan PAMB, Dino Lim pada majlis pelancaran PRUcancer X.
WONG (kanan) bersama Pengarah Kanan Pembangunan Produk dan Pengurusan PAMB, Dino Lim pada majlis pelancaran PRUcancer X.
Sofyan Rizal Ishak

Kuala Lumpur: Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) memperkenalkan PRUcancer X iaitu penyelesaian yang menawarkan pembiayaan kos rawatan tinggi dan hilang sumber pendapatan jika seseorang itu terpaksa berhenti kerja untuk pemulihan kanser.

Ia adalah produk insurans ke atas kanser paling tinggi di pasaran menerusi perlindungan mencecah RM2 juta, sekali gus membolehkan pesakit kanser berpeluang mendapatkan penjagaan terbaik di dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Pelanggan dan Pemasarannya Eric Wong berkata, pihaknya selaku penyedia perkhidmatan insurans bimbang ramai pesakit kanser tidak dapat meneruskan rawatan kerana kekangan kewangan, kurang akses terhadap rawatan dan tanggungjawab terhadap kerjaya atau keluarga.

“Oleh itu, produk ini dihasilkan bagi melindungi pesakit dan keluarga daripada impak kewangan akibat kanser,” katanya di sini, semalam.

Ciri-ciri utama PRUcancer X adalah faedah perlindungan yang tinggi sehingga RM2 juta, premium mampu milik, menawarkan perlindungan kanser di peringkat awal, faedah ehsan dan pendaftaran mudah.

“Melalui PRUcancer X, kami harap ia memberi ketenangan minda kepada pelanggan sepanjang melalui tempoh sukar kerana ia memenuhi komitmen kewangan sepanjang tempoh pemulihan dan kekal bermotivasi pada masa akan datang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Ogos 2018 @ 8:36 AM