ISMAIL Sabri (tiga, kanan) pada Majlis Ramah Mesra dan Perasmian Loji Rawatan Air Chinchin 3 Jasin. FOTO Bernama
ISMAIL Sabri (tiga, kanan) pada Majlis Ramah Mesra dan Perasmian Loji Rawatan Air Chinchin 3 Jasin. FOTO Bernama
BERNAMA

Jasin: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diteruskan meskipun terdapat beberapa negeri yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, semua negeri berhak untuk membubarkan DUN masing-masing pada bila-bila masa.

"(Bagaimanapun), saya mencadangkan dan mengesyorkan jika boleh diadakan secara bersama (pembubaran Parlimen dan DUN) tetapi keputusan telah dibuat oleh enam negeri.

"Jadi pilihan raya (PRU15) akan diteruskan seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin 3 di sini hari ini.

Semalam, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memutuskan untuk mengekalkan pendirian tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2022 @ 1:51 PM