FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Pemberian tawaran kredit e-dompet sebanyak RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000 adalah inisiatif yang baik terutama dapat menjana ekonomi negara.

Profesor Madya di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Anuar Shah Bali Mahomed berkata, penggunaan kredit e-dompet satu inisiatif yang baik dan sebagai persiapan untuk semua jenis bantuan selepas ini menggunakan mekanisme yang sama.

"Malah pemberian bantuan itu kepada M40 menggunakan tawaran kredit e-dompet juga antara perkara yang jarang dilakukan kerajaan sebelum ini dalam membantu golongan ini.

"Malah bantuan itu turut akan menjana ekonomi negara apabila mereka berbelanja dengan bantuan diberikan itu dan turut memberi manfaat kepada peniaga," katanya.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2023 berkata, bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif e-Pemula M40 akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet sebanyak RM100kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di

bawah 100 ribu ringgit.

"Dianggarkan, seramai 8 juta individu layak menuntut kredit ini dengan peruntukan disediakan RM800 juta," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Oktober 2022 @ 7:58 PM