GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa laluan di sekitar Lebuhraya Utara Selatan bergerak perlahan susulan orang ramai yang meraikan sambutan Aidilfitri, hari ini.

Tinjauan menerusi akaun rasmi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat jam 8 malam tadi mendapati trafik perlahan di beberapa laluan di lebuh raya berkenaan.

Aliran trafik mulai perlahan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Slim River ke Hentian Ladang Bikam; Bidor ke Tapah ke Gopeng; Ipoh (utara) ke Terowong (Menora) ke Sungai Perak; Kuala Kangsar ke Bukit Berapit; kawasan rehat dan rawat (R&R) Gunung Semanggol ke Bandar Baharu ke Sungai Bakap dan Alor Setar (selatan) ke Alor Setar (utara).

Di lebuh raya sama arah selatan pula, aliran trafik perlahan di Kepala Batas ke Alor Setar (utara); Bukit Tambun ke Hentian Sungai Bakap; Changkat Jering ke Bukit Berapit dan Tapah ke Sungkai.

Trafik turut perlahan di kedua-dua arah di lebuh raya berkenaan di Port Dickson ke Pedas Linggi; Simpang Renggam ke Sedenak dan Ayer Keroh ke Jasin, manakala arah selatan pula, trafik perlahan di Pagoh ke Hospital Yong Peng (selatan) ke Yong Peng (selatan) serta Pedas Linggi ke Simpang Ampat selain perlahan di arah utara dari Simpang Renggam ke Ayer Hitam.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2022 @ 10:06 PM