Zahratulhayat Mat Arif


Kuala Kangsar: Pemandu treler muatan besi yang terbabit kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dan mengorbankan lima penuntut, tengah malam tadi direman empat hari.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tahanan reman pemandu berusia 28 tahun itu bermula hari ini sehingga 15 Mei.

Katanya, pemandu yang berasal dari Jitra, Kedah itu mempunyai 22 saman trafik terhadapnya, termasuk kesalahan memandu melebihi had laju.

"Keputusan ujian saringan air kencing dan alkohol ke atasnya adalah negatif," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Terdahulu, lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas kemalangan dengan dua treler di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2022 @ 3:16 PM
LIMA individu dikenal pasti rentung dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, hari ini. FOTO ihsan BOMBA
LIMA individu dikenal pasti rentung dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, hari ini. FOTO ihsan BOMBA