AHLI keluarga menyiram air di pusara Ahmad Akmal di Tanah Perkuburan Masjid Hijau. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
AHLI keluarga menyiram air di pusara Ahmad Akmal di Tanah Perkuburan Masjid Hijau. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Parit Buntar: Jenazah pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, yang terkorban dalam kemalangan maut di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Hijau, Kampung Kedah, di sini, pada 11.20 malam tadi.

Jenazah tiba di tanah perkuburan itu pada jam 10.50 malam dan upacara pengebumian dihadiri hampir 100 penduduk termasuk ahli keluarga mangsa.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang turut membantu menguruskan pengebumian.

Terdahulu media melaporkan, nahas tiga kenderaan di KM 245.2, Lebuhraya Utara Selatan tengah malam tadi, menyebabkan lima individu rentung.

Semua mangsa yang rentung berusia antara 19 hingga 23 tahun adalah penuntut USAS Kuala Kangsar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2022 @ 11:55 PM