Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kajang: Dua premis yang menjalankan kegiatan perjudian di daerah ini dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik dalam operasi membabitkan polis dan Tenaga Nasional Bhd (TNB), hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohd Nasir Drahman berkata, kedua-dua premis terletak di Taman Indah dan Taman Segar Perdana.

"Kita melakukan serbuan di 43 premis yang disyaki menjalankan perjudian mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dalam tempoh Januari hingga Februari lalu.

"Daripada jumlah itu sebanyak 26 sudah didakwa dan memohon pemotongan bekalan elektrik kepada TNB," katanya ketika ditemui selepas operasi.

Mohd Nasir berkata, premis yang diserbu adalah rumah kedai dipercayai disewa oleh sindiket judi bagi menjalankan aktiviti haram.

"Pemilik premis yang mahu melakukan penyambungan semula elektrik perlu mendapatkan kebenaran polis terlebih dahulu.

"Operasi ini akan terus dilaksana untuk memerangi kegiatan judi haram di Kajang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2022 @ 1:11 PM
Supritendan Mohd Nasir Drahman melihat kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik di Premis Perjudian di Taman Segar Perdana, Cheras ketika Ops Potong Letrik dari Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang. FOTO AZHAR RAMLI