KEADAAN kawasan tanaman petani dan pekebun sayur kerugian yang ditanam di tanah seluas 0.6 hektar habis ditenggelami air di paras 1.2 meter ditemui di kebunnya di Kampung Kajang Sebidang di sini, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
KEADAAN kawasan tanaman petani dan pekebun sayur kerugian yang ditanam di tanah seluas 0.6 hektar habis ditenggelami air di paras 1.2 meter ditemui di kebunnya di Kampung Kajang Sebidang di sini, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Banjir di negeri ini dilaporkan semakin pulih berikutan cuaca baik sejak beberapa hari lalu sekali gus menyaksikan penurunan jumlah mangsa banjir kepada 5,733 orang setakat 3 petang ini, berbanding 8,107 orang pagi tadi.

Kesemua mereka terdiri daripada 1,954 keluarga itu berada di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dan Tumpat.

Dua PPS di Pasir Mas juga ditutup susulan kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas banjir pulih.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di Pasir Mas adalah 5,041 orang berada di 15 PPS, manakala mangsa di Tumpat seramai 692 orang di empat PPS.

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan merekodkan dua sungai utama yang masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dan di Kuala Jambu Tumpat masing-masing dengan bacaan 9.50 meter (m) dan 3.01 m.

Sungai lain kini berada di paras normal termasuk Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah (20.98 m) dan Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu (1.97 m).

Selain itu, sebanyak lapan jalan masih ditutup kepada kenderaan ringan dan semua jenis kenderaan iaitu empat di Pasir Mas, tiga di Kuala Krai dan satu di Tumpat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2022 @ 4:17 PM