PENDUDUK Abdul Ghani Awang, 68, memberi makan kepada ayam peliharaannya di Kampung Kolam, Pasir Mas, semalam. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
PENDUDUK Abdul Ghani Awang, 68, memberi makan kepada ayam peliharaannya di Kampung Kolam, Pasir Mas, semalam. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
BERNAMA

JUMLAH mangsa banjir di Kelantan kekal kepada 551 orang setakat 8 pagi, hari ini, sebagaimana direkodkan pada 8 malam tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua jajahan iaitu Pasir Mas dan Tumpat.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 516 mangsa daripada 231 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS, manakala Tumpat dengan 35 mangsa daripada sembilan keluarga di sebuah PPS.

Portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang turun kepada paras amaran iaitu 8.65 meter berbanding 8.98 meter, 8 malam tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.

Keadaan cuaca mendung.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2017 @ 9:16 AM