Nor Fazlina Abdhl Rahim


Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 6,371 mangsa yang ditempatkan di 76 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga pagi ini.

Kesemua mangsa banjir berkenaan membabitkan 1,750 keluarga dari enam daerah dengan Kota Bharu menjadi daerah terbaharu yang dilanda banjir.

Berdasarkan Info Bencana JKM, Kuala Krai mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 3,063 mangsa daripada 782 keluarga di 35 PPS.

Pasir Mas merekodkan 1,535 mangsa daripada 503 keluarga di 18 PPS, Jeli mencatatkan 609 mangsa daripada 172 keluarga di tiga PPS.

KAWASAN Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau dikenali Masjid Beijing di Rantau Panjang dinaiki air. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
KAWASAN Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau dikenali Masjid Beijing di Rantau Panjang dinaiki air. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

Gua Musang pula merekodkan 515 mangsa daripada 113 keluarga di enam PPS dan Tanah Merah membabitkan 637 mangsa daripada 169 keluarga di 13 PPS.

Kota Bharu yang mula membuka PPS malam tadi merekodkan 22 mangsa daripada 16 keluarga di satu PPS.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 9:53 AM