ANGGOTA bomba melakukan kerja menyelamat dan pemantauan terhadap lapan rumah penduduk di Jalan Sungai Pinang, Taman Manggis Indah, yang ditenggelami banjir kilat hampir satu meter. FOTO IHSAN BOMBA
ANGGOTA bomba melakukan kerja menyelamat dan pemantauan terhadap lapan rumah penduduk di Jalan Sungai Pinang, Taman Manggis Indah, yang ditenggelami banjir kilat hampir satu meter. FOTO IHSAN BOMBA
Zuhainy Zulkiffli


WANITA warga emas berusia 78 tahun antara individu yang diselamatkan pihak bomba ketika banjir kilat melanda Jalan Sungai Pinang, Taman Manggis Indah di Georgetown, hari ini.

Hujan lebat bermula sejak 11 pagi turut menyebabkan lapan rumah penduduk ditenggelami air setinggi satu meter.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pada 12.47 tengah hari.

Katanya, ketika tiba di lokasi, didapati berlaku limpahan sistem perparitan akibat hujan lebat dan air pasang besar.

"Limpahan itu menyebabkan air masuk ke dalam lapan rumah penduduk yang mana satu daripadanya dihuni warga emas berkenaan.

"Warga emas yang terperangkap itu berjaya diselamatkan anggota bomba untuk dibawa ke tempat selamat," katanya.

Katanya, pihak bomba terus melakukan pemantauan sehingga air banjir mulai surut pada 1.40 tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2020 @ 6:06 PM