Limpahan air Sungai Bidor susulan hujan lebat sejak kelmarin menyebabkan Kampung Batu 9, Teluk Intan dilanda banjir kilat, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Limpahan air Sungai Bidor susulan hujan lebat sejak kelmarin menyebabkan Kampung Batu 9, Teluk Intan dilanda banjir kilat, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Noor Hidayah Tanzizi


LIMPAHAN air Sungai Bidor susulan hujan lebat sejak kelmarin menyebabkan Kampung Batu 9, Teluk Intan dilanda banjir kilat, hari ini.

Banjir kilat itu menjejaskan 11 keluarga menyebabkan pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap sejak 11.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.43 pagi.

Menurutnya, semua penduduk yang terjejas berpindah sendiri ke pusat pemindahan secara berperingkat sejak pagi tadi.

"Paras air naik setinggi 0.6 meter di kawasan rumah penduduk susulan hujan lebat dan limpahan air sungai.

"Anggota bomba akan melakukan pemantauan dan tinjauan di kawasan terjejas dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Julai 2020 @ 3:29 PM