Rizanizam Abdul Hamid


SERAMAI 44 individu termasuk dua lelaki Thailand dan Myanmar ditahan dalam Op Ice Breaker di tiga daerah di Melaka yang berlangsung dua hari berakhir semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, operasi itu menumpu kepada kawasan dikenal pasti sebagai lokasi panas bagi penyalahgunaan dadah.

Katanya, seramai lima pegawai dan 35 anggota terbabit operasi itu.

SERAMAI 10 penagih termasuk seorang wanita di tahan dalam operasi khas AADK yang bermula jam 8 hingga 5 pagi tadi. FOTO IHSAN AADK
SERAMAI 10 penagih termasuk seorang wanita di tahan dalam operasi khas AADK yang bermula jam 8 hingga 5 pagi tadi. FOTO IHSAN AADK

“Serbuan di kawasan ladang kelapa sawit dan kediaman di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

“Hasilnya kita berjaya menahan 44 orang termasuk dua lelaki Thailand dan Myanmar berusia 30-an. Turut ditahan seorang wanita awal 20-an yang didapati positif morfin.

“Selain itu, lelaki warga emas berusia 66 tahun yang diberkas mengaku mengambil dadah sejak lebih 40 tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas operasi, semalam.

Zulkiflee berkata, daripada jumlah ditahan, tujuh orang disiasat mengikut kesalahan membekalkan dadah, memiliki dadah (17 orang), mengambil dadah (19 orang) dan satu kesalahan menggunakan air ketum oleh lelaki Thailand.

Menurutnya, pihaknya merampas 4.96 gram syabu, 29.05 gram heroin serta 0.75 air ketum dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, pihaknya akan terus mempergiatkan operasi dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 January 2020 @ 11:08 AM