KEBAKARAN yang memusnahkan lima rumah di Kampung Hamzah malam tadi. FOTO Ihsan Pembaca
KEBAKARAN yang memusnahkan lima rumah di Kampung Hamzah malam tadi. FOTO Ihsan Pembaca
Muhamaad Razis Ismail


REMAJA perempuan berusia 17 tahun melecur di kaki dalam kebakaran membabitkan lima rumah di Kampung Hamzah, Kuala Krai, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu sebuah kereta Proton Wira dan empat motosikal turut musnah.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Pegawai Bomba Kanan II Che Razak Harun berkata, pihaknya difahamkan mangsa mengalami kecederaan ketika cuba menyelamatkan diri.

“Mangsa sudah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 September 2019 @ 11:09 AM