Villa penginapan yang terbakar malam tadi. FOTO Ihsan Pembaca
Villa penginapan yang terbakar malam tadi. FOTO Ihsan Pembaca
Hamzah Osman


VILLA penginapan di hotel mewah lima bintang di Jalan Tanjung Rhu, Langkawi musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kejadian 11 malam itu disedari orang awam selepas melihat asap tebal keluar dari villa yang ketika kejadian tiada penghuni.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malasia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 11.03 malam.

Berikutan itu katanya, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan sebuah unit villa struktur kekal kelas A dengan anggaran keluasan 24 meter lebar dan panjang.

“Anggaran kemusnahan struktur bangunan itu ialah 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zamani berkata, kebakaran dapat dikawal jam 11.50 dan kerja ‘overhaul’ dijalankan anggota bomba.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada mangsa terbabit ketika kebakaran itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mac 2019 @ 12:37 PM