FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Siti A’isyah Sukaimi


SEBANYAK 83 kematian susulan denggi direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 8 Jun lalu.

Angka berkenaan dikeluarkan oleh Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan yang dimuat naik menerusi laman rasmi http://idengue.remotesensing.gov.my semalam.

Selain itu, statistik dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan juga merekodkan, sebanyak 56,819 kes denggi di seluruh negara bermula 30 Disember 2018 hingga kelmarin dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 32,620 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (5,632), Johor (4,605), Pulau Pinang (2,892), Sabah (2,422), Kelantan (1,569), Perak (1,516) dan Negeri Sembilan sebanyak 1,142 kes.

Pada 2 April lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, nyamuk yang disuntik bakteria Wolbachia akan dilepaskan di 10 lokaliti yang dikenal pasti bulan depan bagi mengatasi peningkatan wabak denggi di kawasan berkenaan.

Beliau dipetik berkata, pelepasan nyamuk itu dijangka mampu menurunkan kes denggi di kawasan yang terbabit antara 60 hingga 70 peratus, sekali gus mampu mengurangkan kadar kematian akibat denggi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2019 @ 6:01 AM