FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Mohd Husni Mohd Noor


SEBANYAK 59 kes kematian akibat denggi direkodkan di seluruh negara bermula 1 Januari hingga 29 Mac lalu.

Statistik itu dikongsi Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan yang dimuat naik ke web http://idengue.remotesensing.gov.my.

Berdasarkan statistik sama, sebanyak 36,002 kes terkumpul denggi direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 30 Disember tahun lalu hingga 29 Mac.

Selain itu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 21,104 kes diikuti Johor (2,911 kes); Kuala Lumpur (2,899 kes); Pulau Pinang (2,106 kes); Sabah (1,622 kes); Kelantan (1,095 kes); Perak (960 kes); Negeri Sembilan (718 kes); Kedah (605 kes); Melaka (524 kes) dan Sarawak (439 kes).

Pahang merekodkan 347 kes; Putrajaya (282 kes); Terengganu (240 kes); Perlis (135 kes) dan Labuan (15 kes).

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud dilapor berkata, bilangan kes denggi di negeri itu untuk tiga bulan pertama 2019 meningkat ke tahap membimbangkan berbanding tempoh sama tahun lalu.

Kenaikannya dilaporkan 177 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2019 @ 3:51 PM