FOTO hiasan
FOTO hiasan
Siti A’isyah Sukaimi


KEMENTERIAN Kesihatan merekodkan 108,606 kes denggi di seluruh negara bermula 30 Disember tahun lalu sehingga semalam.

Statistik itu dikeluarkan Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan yang dimuat naik menerusi laman rasmi http://idengue.remotesensing.gov.my, hari ini.

Menerusi data dipaparkan, Selangor mencatatkan negeri tertinggi kes denggi di seluruh negara dengan 60,024 kes sepanjang tempoh itu.

Ia diikuti Kuala Lumpur (12,449 kes), Johor (9,194 kes), Kelantan (5,024 kes), Sabah (4,444 kes), Pulau Pinang (3,802 kes) dan 2,580 kes di Perak.

Selain itu, statistik turut menunjukkan kes paling rendah adalah di Labuan dengan hanya 34 kes direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

Pada masa sama, sebanyak 153 jumlah kes kematian berhubung denggi dicatatkan bagi tempoh bermula Januari hingga 19 Oktober lalu.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan supaya pencegahan dan kawalan perlu sentiasa diambil bagi mengelak aliran pertambahan kes denggi pada penghujung tahun dapat dibendung.

Beliau dipetik berkata, masyarakat perlu memastikan persekitaran kediaman masing-masing bersih dan bebas daripada pembiakan nyamuk aedes kerana tindakan pencegahan oleh individu dapat membantu mengurangkan populasi aedes sebagai penyebar virus denggi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Oktober 2019 @ 2:50 PM