FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
BERNAMA

BIRO Guaman Wanita (Guamnita) bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Pengerusinya, Azlinda Baroni dalam kenyataan hari ini berkata, mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat itu boleh mengemukakan aduan bertulis dan dihantar ke alamat e-mel di [email protected].

Menurutnya, setiap aduan akan dikaji dan jika terdapat kes, Guamnita akan memberi khidmat nasihat kepada mangsa untuk tindakan perundangan selanjutnya.

Guamnita adalah sebuah badan inisiatif kelolaan Yayasan Pekerja Malaysia (YAPEM) yang antara lain berperanan memperjuangkan hak dan keadilan untuk wanita daripada pelbagai aspek seperti kesihatan, kebajikan, kekeluargaan dan pembangunan sosial.

Kejadian pencemaran sisa toksik yang berlarutan sejak Khamis minggu lalu menyebabkan 947 orang awam dan pelajar sekolah dirawat di hospital sementara 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup serta-merta.

  • Lagi berita berkaitan gas beracun Sungai Kim Kim
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 5:35 PM