PENCEMARAN udara akibat pembuangan toksik di Sungai Kim Kim menyebabkan UiTM Pasir Gudang ditutup. FOTO ihsan UiTM Pasir Gudang
PENCEMARAN udara akibat pembuangan toksik di Sungai Kim Kim menyebabkan UiTM Pasir Gudang ditutup. FOTO ihsan UiTM Pasir Gudang
Ibrahim Isa


KAMPUS Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pasir Gudang mengumumkan penangguhan semua operasinya termasuk kuliah bermula hari ini hingga 17 Mac depan.

Pengumuman mengenainya dibuat dalam satu kenyataan yang memberitahu keputusan dibuat ekoran pencemaran udara akibat pembuangan toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Berikutan itu, semua warga kampus membabitkan seramai 3,256 penuntut, 202 pensyarah dan 120 kakitangan dinasihatkan memakai topeng dan menjauhi kawasan tercemar, mengurangkan aktiviti luaran, kerap minum air dan menggunakan air terawat.

Selain itu, mereka dinasihatkan segera mendapatkan rawatan jika mengalami tanda pedih mata, sakit dada dan kesukaran bernafas.

Katanya, pemakluman akan dibuat dari masa ke semasa berdasarkan keadaan udara di Pasir Gudang.

  • Lagi berita berkaitan gas beracun Sungai Kim Kim
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mac 2019 @ 8:28 PM