ANGGOTA  APM   mengambil ular yang ditangkap penduduk di Kampung Parit Maimon, kelmarin.
ANGGOTA APM mengambil ular yang ditangkap penduduk di Kampung Parit Maimon, kelmarin.
Essa Abu Yamin

Batu Pahat: “Ia sangat agresif dan menyerang saya apabila mengalihkan batu tempat ia bersembunyi,” kata Azhar Jasiran, 30, yang menangkap ular sawa batik sepanjang tiga meter dan berat hampir 40 kilogram di Kampung Parit Maimon, Parit Sulong di sini, kelmarin.

Menurutnya, sebelum itu, dia menyedari ada sesuatu bergerak di celah batu ketika membersihkan kebun sawitnya jam 3 petang.

“Sebaik mengalihkan batu itu, muncul ular sawa dan ia cuba menyerang saya tetapi mujur saya sempat mengelak.

“Bimbang sekiranya haiwan itu mengganas jika terlepas, saya meminta tolong rakan untuk menangkapnya dan kami mengambil masa 30 minit untuk berbuat demikian,” katanya.

Katanya, dia mengurung haiwan liar itu di dalam sangkar kerana bimbang ia terlepas dan menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Batu Pahat untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2018 @ 4:46 AM