Hadzlihady Hassan


SEORANG tahanan polis melarikan diri ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan selepas van dinaiki rosak di Jalan Paya Terubong, Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, suspek yang berusia 43 tahun bersama dua lagi tahanan dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk menerima rawatan dengan menaiki van polis.

Sumber berkata, bagaimanapun van terbabit mengalami kerosakan brek dan ketika itu anggota polis membuka pintu, suspek mengambil kesempatan melompat keluar dan melarikan diri.

"Suspek sepatutnya menghadiri perbicaraan kerana kesalahan dadah di mahkamah esok.

"Polis masih lagi memburu suspek dan orang ramai yang melihat lelaki mencurigakan diminta menghubungi polis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Julai 2017 @ 2:04 PM