Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Kuala Lumpur: Aksi final Euro 2024 antara Sepanyol dan England di Berlin, Jerman awal pagi esok turut menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam video ringkas yang dikongsikan di laman TikTok menyokong pasukan Sepanyol untuk memenangi trofi Euro 2024.

"Final Euro, England lawan Sepanyol. Saya sokong Sepanyol. Tapi sementara itu kerja jalan, jadi sekarang terus kerja," katanya dalam video itu.

Sepanyol yang memburu gelaran keempat Kejuaraan Eropah dianggap sebagai pasukan pilihan selepas mempamerkan prestasi konsisten sepanjang kejohanan di Jerman.

Berbeza dengan England yang menerima kritikan hebat pada awal kejohanan sebelum berjaya melepasi halangan untuk melangkah ke final.

England memburu kejuaraan sulung Euro apabila terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara pada edisi 2020 selepas tewas menerusi penentuan penalti kepada Itali di final.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 9:33 PM