RONALDO gagal menyerlah di Jerman.
RONALDO gagal menyerlah di Jerman.
Agensi

London: Kapten Portugal Cristiano Ronaldo tersenarai dalam barisan kesebelasan terburuk Euro 2024 oleh akhbar Marca.

Pemain veteran berusia 39 tahun itu gagal menjaringkan sebarang gol dan pasukannya tersingkir daripada kejohanan selepas tewas di tangan Perancis pada suku akhir.

Ronaldo hanya satu-satunya pemain Portugal dinamakan Marca dalam skuad terburuk itu.

Pemain Arsenal dan Liverpool Oleksandr Zinchenko dan Dominik Szoboszlai turut tidak bernasib baik apabila disenaraikan oleh Marca.

Barisan kesebelasan terburuk Euro 2024: Livakovic (Croatia), Di Lorenzo (Itali), Mancini (Itali), Christensen (Denmark), Zinchenko (Ukraine), McGinn (Scotland), Milinkovic-Savic (Serbia), Szoboszlai (Hungary), Vlahovic (Serbia), Lukaku (Belgium), dan Ronaldo (Portugal).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 9:28 PM