Tonggak pertahanan Jepun Yukinari Sugawara menyertai Southampton.
Tonggak pertahanan Jepun Yukinari Sugawara menyertai Southampton.
Reuters

Tokyo: Tonggak pertahanan Jepun Yukinari Sugawara menyertai Southampton dengan kontrak selama empat tahun dari kelab Liga Perdana Belanda, AZ Alkmaar, kata kelab Liga Perdana Inggeris yang baru dinaikkan pangkat itu.

Sugawara, 24, menyertai AZ Alkmaar secara pinjaman dari kelab Jepun, Nagoya Grampus, pada 2019 sebelum membuat perpindahan itu secara kekal pada tahun berikutnya.

Dia membuat 138 penampilan di Eredivisie Belanda untuk AZ Alkmaar dan memegang rekod kelab untuk penampilan terbanyak dalam pertandingan Eropah, bermain dalam 53 perlawanan.

"Musim panas lalu saya bermain menentang Southampton dalam perlawanan pra-musim.

"Saya rasa Southampton adalah kelab yang sangat baik. Apabila Southampton memberi saya tawaran, saya berkata setuju untuk itu," kata Sugawara, yang memperoleh 13 caps untuk Jepun.

Pengurus Southampton, Russell Martin, berkata Sugawara adalah pilihan nombor satu mereka untuk posisi pertahanan kanan.

"Dia tiba pada usia yang bagus dengan banyak beraksi pada perlawanan tahap tinggi, termasuk pengalaman Eropah yang banyak.

"Anda dapat merasakan semangat dan tekadnya untuk berjaya...dia sangat teruja beraksi untuk Southampton, bukan hanya untuk bermain di Liga Perdana," kata Martin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 9:23 PM