KAKI mangsa tersangkut di dalam paip di tandas rumahnya. FOTO ihsan Bomba
KAKI mangsa tersangkut di dalam paip di tandas rumahnya. FOTO ihsan Bomba
Hadzlihady Hassan


KANAK-KANAK lelaki tersangkut kaki dalam lubang paip tandas rumahnya di Flat Sri Aman, Paya Terubong, Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian 7.50 pagi itu, mangsa yang berusia 2 tahun tersangkut kaki kanan dalam lubang paip berkenaan.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.57 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada 8.10 pagi.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong bergegas ke lokasi dan berjaya mengeluarka kaki mangsa yang tersangkut dalam paip berkenaan selama hampir dua jam.

"Mangsa dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2017 @ 5:29 PM