ADAM Adli bersama sebahagian belia pada Program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) di Kuantan. FOTO Luqman Hakim Zubir
ADAM Adli bersama sebahagian belia pada Program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) di Kuantan. FOTO Luqman Hakim Zubir
Asrol Awang


Kuantan: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mencampuri isu tunggakan gaji pemain bola sepak yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim, berkata ini kerana kementerian itu menyerahkan sepenuhnya isu terbabit kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mencari jalan penyelesaian.

"Kita di peringkat KBS tidak ada komen berkaitan isu ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada FAM. Mungkin di masa depan jika ada ketetapan, kita akan umumkan. Buat masa sekarang kita tetapkan FAM uruskan hal ini sebaik mungkin," katanya ketika ditemui media pada Program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) di Dewan Dato' Sri Abdul Manan Ismail, di sini hari ini.

Adam Adli berkata demikian ketika diminta mengulas masalah tunggakan gaji dihadapi beberapa pasukan beraksi dalam saingan Liga M musim 2024/2025.

Difahamkan, ketika ini beberapa kelab berdepan dengan masalah kewangan dan sedang berusaha untuk menyelesaikan gaji pemain mereka yang ada tertunggak sehingga tujuh bulan.

Semalam, pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli, berkata FAM berpotensi berdepan hukuman daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) jika gagal menghentikan isu berulang masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga M.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 9:48 PM