NIK Mohd Azlan (empat kanan) menerima zakat perniagaan daripada Wan Mohd Zain (empat kiri) selepas Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan ANGKASA di Pejabat MAIK, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
NIK Mohd Azlan (empat kanan) menerima zakat perniagaan daripada Wan Mohd Zain (empat kiri) selepas Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan ANGKASA di Pejabat MAIK, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Hazira Ahmad Zaidi


ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM82,855.03 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), di sini, hari ini.

Timbalan Pengerusi ANGKASA Kelantan Wan Mohd Zain Wan Abdullah menyerahkan zakat perniagaan bagi tempoh kewangan berakhir 2016 kepada Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi.

Wan Mohd Zain berkata, jumlah agihan zakat berkenaan adalah sebahagian daripada agihan keseluruhan zakat ANGKASA sepanjang 2016 yang berjumlah RM1,833,092.28.

"Berbanding 2015, jumlah keseluruhan zakat perniagaan ANGKASA berjumlah RM1,413,906.05 dan ini menunjukkan peningkatan lebih RM400,000.

"Selain agihan zakat ini, kami turut membantu golongan asnaf yang memerlukan termasuk ahli ANGKASA,"katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan di Pejabat MAIK.

Sementara itu, Nik Mohd Azlan berkata, sehingga hari ini sebanyak RM71,812,898.82 zakat berjaya dikutip berbanding RM61,822,288.47 pada2016 dalam tempoh yang sama.

"Walaupun keadaan ekonomi negara kurang memberangsangkan, namun kutipan zakat meningkat sebanyak 16.16 peratus atau RM9,990,610.35.

"Kutipan zakat MAIK terus meningkat kerana banyak syarikat korporat tampil membayar zakat perniagaan masing-masingsepanjang Ramadan ini,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2017 @ 6:22 PM