Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Hazira Ahmad Zaidi


Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mensasarkan mengutip zakat sebanyak RM170 juta, tahun ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, sasaran berdasarkan peningkatan kutipan zakat pada tahun lalu.

Sejumlah RM162.7 juta dikutip pada 2016, berbanding RM161.9 pada 2015 iaitu peningkatan 0.49 peratus.

"Peningkatan ini disebabkan sumbangan zakat perniagaan, manakala 70 peratus penyumbang masih lagi zakat individu yang tinggal di Kelantan.

"MAIK sentiasa berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan agihan zakat kepada asnaf akan berterusan dan media memainkan peranan penting bagi mewar-warkan kepentingan mengeluarkan zakat," katanya.

Berkata ditemui dalam Majlis Ramah Mesra MAIK bersama Rakan Media 2017 yang disempurnakan oleh Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz di sini, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 11:35 AM