SWITZERLAND. FOTO Agensi
SWITZERLAND. FOTO Agensi
Reuters

Berlin, Jerman: Pertembungan Itali dan Switzerland pada fasa 16 terbaik di Berlin Sabtu ini ibarat aksi 'abang dan adik', dua negara berjiran yang cukup dekat.

Hampir separuh pemain Itali dan Switzerland turut beraksi dalam saingan liga domestik masing-masing, membuatkan kedua-dua pasukan amat mengenali corak dan gaya permainan pasukan.

Malah, kedua-dua negara juga berkongsi bahasa yang sama namun semua perkara itu perlu diketepikan seketika di Berlin.

Untuk rekod, Itali dan Switzerland sudah bertemu sebanyak 61 kali, dengan skuad Azzuri hanya tewas lapan kali.

Bagaimanapun skrip itu mungkin berubah di Berlin selepas Itali dilihat gagal mempamerkan aksi bertenaga dalam tiga aksi peringkat kumpulan apabila sekadar menang sekali, sebelum tewas dan seri.

Switzerland yang mengakhiri cabaran Kumpulan A di tangga kedua mungkin boleh membuat kejutan untuk menyingkirkan juara bertahan itu.

Menurut pemain Switzerland, Remo Freuler, ketiadaan tonggak pertahanan kental Itali, Riccardo Calafiori yang digantung perlawanan perlu dimanfaatkan sebaiknya dengan merobek benteng lawan.

"Saya minta maaf untuk Calafiori, saya benar-bnar mahu bersemuka dengannya dalam perlawanan Sabtu ini," katanya yang beraksi dengan kelab Bologna di Serie A.

"Sudah tentu, ia bukan perlawanan biasa. Di Itali saya membina kerjaya saya, malah Itali adalah sebuah negara yang tenang di mana saya dan keluarga gembira menetap di sana," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 9:21 PM