ANTARA rumah yang dipukul ribut. FOTO ihsan APM
ANTARA rumah yang dipukul ribut. FOTO ihsan APM
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


SEBANYAK 15 rumah di kawasan perumahan Dato Shahbandar dan Benta Jambu, Pekan rosak akibat ribut, kira-kira 4 petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, berkata kejadian itu menyebabkan 15 keluarga terjejas dan 41 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

"Sebanyak dua pusat pemindahan sementara dibuka iaitu di Pejabat Kemas daerah Pekan dan Pejabat UMNO Kampung Benta.

"Mereka akan tinggal di pusat pemindahan ini sementara kerja baik pulih rumah mereka selesai," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Zainal berkata, kejadian ribut itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan kepada orang ramai.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mei 2017 @ 9:04 AM